Pada masa kini, siang bagaikan malam dan malam bagaikan siang. Kita terlalu alpa dengan kehidupan yang fana ini, sehingga dipesongkan daripada perkara yang lebih utama dan kekal nilainya, seperti ajaran sebaik-baik ciptaan, iaitu junjungan kita Baginda ﷺ, yang menuturkan doa, ""Ya Allah, umatku! Umatku!""
Para ulama kita telahpun menggariskan kepentingan lidah kita untuk sentiasa dibasahi dengan zikir kepada Sang Kekasih. Dalam pada itu, mereka juga akan mengkhususkan masa untuk dipenuhi dengan selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ.
MENGENAI PENGARANG
Ḥabib ʿUmar bin Ḥāfīẓ ialah seorang sarjana Islam kelahiran Yaman yang berketurunan Ahl al-Bayt - Keluarga Rasulullah ﷺ yang mulia. Beliau adalah pengasas madrasah Dār al-Muṣṭafā yang ditubuhkan di Tarim, Hadramawt dan beliau juga memainkan peranan mengawasi pelbagai madrasah lain yang telah dibina di bawah pengurusannya. Keaktifannya dalam kegiatan dakwah Islamiah telah membawa beliau ke serata dunia, sehingga beliau meluangkan hampir sepanjang tahun berkelana demi menyampaikan risalah Kenabian ﷺ. Usaha dan pengaruh beliau telah menyentuh hati jutaan insan sehingga para muridnya boleh dijumpai di seluruh pelosok dunia.
By:
Habib Umar Bin Hafiz Translated by:
Dr Rizky Febrian Imprint: Imam Ghazali Publishing Dimensions:
Height: 216mm,
Width: 140mm,
Spine: 7mm
Weight: 150g ISBN:9798349611681 Pages: 120 Publication Date:11 October 2025 Audience:
General/trade
,
ELT Advanced
Format:Paperback Publisher's Status: Active